BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, April 27, 2010

impian

volkswagen beetle.kereta idaman aku.bila la agaknya aku dapat merasa pakai kereta ni.minat sangat kereta ni.dulu abah aku ada pakai kereta ni masa aku kecik.warna hijau.tapi dia da jual.sayangnya.kalau tak,mungkin kepunyaan aku la kereta tu.insyaallah,suatu hari nanti akan aku miliki kereta ni. :D


p/s:tak kira,tak kira.aku nak jugak kereta ni. :D



Sunday, April 25, 2010

salam perkenalan,pembuka bicara.

assalamualaikum pembuka bicara.pelik benar rasanya aku mula menulis blog.sebelum ini tak terlintas langsung walau sekelumit dalam hati aku untuk menulis blog.bagiku,semuanya membuang masa saja.tapi kini aku merasakan blog tempat yang paling sesuai untuk mengekspresikan diriku.aku bukan seorang yang begitu pandai menzahirkan perasaan melalui percakapan atau perbuatan.hanya perkataan yg cukup sesuai untuk menggambarkan isi hati aku.aku lebih selesa menulis dalam bahasa melayu blog ni.blog ini bukannya diari bagiku,tapi tempat meluahkan apa yang aku rasakan.pada post yg pertama ini,berilah aku ruang memperkenalkan diriku.

nama aku muhammad nazmi bin hanafi.lebih selesa disapa amie.anak bongsu dari 3 orang adik beradik.seorang yang keras kepala dan kadang kala sensitif.seorang yang pemalu tapi boleh jadi gila jika kena pada tempat dan orangnya.kuat melawan cakap ibubapa.seorang pelajar lepasan SPM 2009 yang biasa.hanya berjaya mendapat hanya 5A(bm,english,matematik,pendidikan islam dan taawwur islam).mempunyai kawan dari pelbagai kaum.boleh menjadi diri sendiri jika bersama keluarga. dan jangan sesekali menilai aku sebelum mengenali diriku.juga,jangan menilai luaran ku sebelum mengetahui dalaman ku.aku masih lagi cuba menjadi diri sendiri.

mempunyai seorang abah yang sempoi(hanafi hashim) dan seorang ibu yang penyayang(ennalizam ishak)..juga mempunyai seorang kakak yang membantu(nadia hanafi) dan seorang abang mat romeo yang sangat protective(nazrin hanafi).


p/s:aku melawan kata orang tua bukan kerana kurang ajar atau benci,tapi menegakkan apa yang aku rasa benar.kerana bagi aku,aku sentiasa benar.jika diriku salah,tanggungjawab ibubapa aku lah menegur kesilapan aku.keluarga aku adalah nyawa aku.ketidaksempurnaan aku melengkapkan mereka,ketidaksempurnaan mereka melengkapkan aku.