BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, May 3, 2010

bola itu bulat

memandangkan demam Piala Dunia akan start tak lama lagi,aku rasa macam nak cakap pasal bola sepak la.permainan paling popular kat muka bumi ni.dulu perempuan selalu tanya kenapa la lelaki taksub sangat dengan bolasepak ni.diorang cakap bukan best pun.tendang sana,tendang sini.tapi itu girl dulu,tak minat bola.sekarang kaum Hawa pun dah mula suka bolasepak.aku selalu nampak girl main futsal kat ampang sport planet,tempat aku dengan kawan2 aku menghabiskan masa menyepak bola.diorang main kalah laki.ada skill.malu plak aku.aku bukanlah seorang pemain yang HEBAT,setakat tendang2 tu boleh la. ;D bagi aku,hanya bolasepak boleh membebaskan aku dari tekanan.tak kira tengok atau main bola,aku rasa puas.setiap gol yang dijaringkan dan permainan cantik bagaikan penawar stress aku.semua masalah hilang bila aku dikaitkan dengan bolasepak.aku memang seorang yang tak pandai bergaul masa pertemuan pertama.mungkin topik bolasepak boleh buat aku jadi mesra. :D

bagi teman2 rapat aku,diorang memang da tau yang aku ni liverpool die hard fan.kelab yang diminati sejak aku mula kenal bolasepak.kalah ke menang ke,liverpool now and always.


p/s:tak sabar rasanya nak jerit gollllll ramai2.pasukan pilihan aku untuk menang piala dunia sudah tentunya argentina dan spain.