BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, August 23, 2011

ahh karut betui



orang KL semua kaya raya
tak pening pasal duit
boleh belanja ikut suka

boleh simpan andaian karut tu dalam kotak kecik fikiran kau
tak semua semampu tu,percayalah.


Saturday, August 20, 2011

kahkah



aku suka bila orang ketawa melihat kebodohan aku yg dibuat dibuat

tanpa disedari dia yg aku perbodohkan

maaf



Friday, August 19, 2011

hikayat seorang L



hampir 19 tahun hidup
tak pernah aku kecapi apa apa yg boleh dibanggakan
hidup aku sekadar untuk hidup saja
aku harap aku mampu jadi lebih dari tu

aku hanya suka menikmati kehidupan indah ni
aku sedang menghayatinya


Sunday, August 7, 2011

si gila



aku
belajar memahami
cuba mendalami
berusaha menjiwai
kau


Friday, August 5, 2011

ramadhan


ramadhan datang lagi
menyambut sebagai seorang perantau

sahur,berbuka
tanpa famili di sisi
tapi ada rakan rakan yg menemani

sahur disuap ibu
abah ibu along abang,berbuka bersama
rindu

semoga ramadhan tahun ni penuh makna
selamat berpuasa semua :)

sorry


but what i still do
im still loving you

thats what I will always do :)


Friday, July 15, 2011

serioussssss :)


pasti
tiada keraguan
aku memang pasti
perasaan ini

lets take a chance and hope for the best :)

Tuesday, July 12, 2011

nak apa lagi ?



kalau kau tau kuasa doa orang yang teraniaya
kau takkan melantun menegakkan benang yang basah

berani mengaku kesalahan
baru betul anak jantan

berubahlah kawan

Thursday, July 7, 2011

nur ain sofiah mazelan


suratan dan kebetulan :)
ini bukan yg pertama,mungkin
tapi berharap ini yg terakhir


Monday, July 4, 2011

prefect.perfcet.perfect



"kau terlalu inginkan kesempurnaan sampai kau terlupa
tiada siapa yg sempurna kat dunia ni"



Wednesday, June 29, 2011

semalaman



semalaman
ditemani si pencerita :)
langsung tak bosan



Friday, June 24, 2011

besar besar


kau cakap besar
tak buat kau nampak besar
tiada rasa kagum
sikit pun
aku mungkin nampak teruja
luarannya
aku tipu kau sebenarnya

apa motif?
nak orang pandang tinggi?
bukan itu caranya

kena ingat kita bukan cina
harta bukan boleh bawak masuk kubur
cerita besar kau tak diambik kira pun

relax sudah

Tuesday, June 21, 2011

favourite


I need exception from the rules of attraction
cause I really really really cant accept them
you're so above me in the measure of beauty
and I don't think its fair that should stop me


thats why i need exception from the rules of attraction
when it comes to you :)


Sunday, June 19, 2011

bergembiralah :)



kamus dewan menyebut
hidup bersinonim dengan bernyawa
kamus hidup aku pula menyebut
hidup bersinonim dengan gembira
juga membawa maksud sedih
ketawa,menangis
bercampur baur
serba lengkap

hidup ibarat roda
hidup terlalu singkat untuk bersedih
bergembiralah :)

aku tau kau kuat


Friday, June 17, 2011

malar,manipulasi,bergerak balas


banyak perkara rumit dalam dunia ni
aku pilih hati manusia
hati aku

kompleks
sukar difahami
lagi mencabar dari formula matematik tambahan
diri sendiri kadang kala tak pernah faham

meraban bila dihampakan
pergi jauh bila
kembali diberi perhatian

dan
menyayangi seorang manusia asing


Wednesday, June 15, 2011

elaun



it's not about the money,money,money
we don't need your money,money,money
we just wanna make the world dance,
forget about the price tag


tolonglah jangan mengalir macam air



Sunday, June 12, 2011

MUET,i love you :)


syukur
seribu kali syukur
terima kasih ya Allah

berkat doa ibu abah
juga kawan kawan
terima kasih
tak terhingga

dulu 4 dirasakan mustahil
terlalu sukar
terlupa
tiada apa yg mustahil kini

mungkin ini jalannya
yg dah ditakdirkan
undang undang
hanya mengikut mana sahaja kaki melangkah

tiada kata lagi mampu diungkapkan :')

Saturday, June 11, 2011

perantau yang merantau



merantau
seorang perantau
tuntut ilmu
tinggalkan kota berlumpur
cita cita harap dapat digapai

semalam
mendengar luqman anuar sumbangkan lagu dendang perantau
rindu ibu abah,tiba tiba

Thursday, June 9, 2011

secret eleven


hoping for a speed recovery
i wanna be part of them

win or lose,it doesn't matter
football is not just about winning the game
the beauty of victory,
the spirit is always there despite defeat

btw,we are automatically qualified to play in the UITM league
alhamdulilah :)


Wednesday, June 8, 2011

versi baru


versi baru
aku kini
cari arah baru
cara baru
definisi baru
semangat baru
dalaman aku masih sama
yang lama aku tak pernah lupakan

maaf kalau terasa
tiada perubahan besar diri aku
aku dulu dan aku kini,sama. :)


si choki choki



si choki choki
kuat touching
aku sayang kau :)
hihi


Monday, June 6, 2011

impian II



vespa
model baru
tak laju tak garang tak mewah
macam superbike
aku tetap minat gila moto ni
ada duit aku nak moto ni satu


memang aku bukan jiwa kelajuan hihi

karier bermula kembali


baru lari tak sampai 1km
aku semput mcm nak mati
ini padah malas bersukan
tgk hairi steady je jogging
aku cemburu kecewa.haha

aku kena usaha lebih
kembalikan zaman kegemilangan dulu
ini semua pasal sebelas rahsia
aku nak jadi pemain tengah berkaliber
mcm steven gerrard hihi


celaka betul kau pencurik.kesian danny dgn kimi.aku harap dapat mimpi muka kau la celaka.aku doa kau dapat balasan nanti.F

Saturday, June 4, 2011

seperti biasa



tadi,terbangun pukul 4
ini padah tidur awal
mesti terjaga awal pagi
tak suka sorang2 macam ni
aku mula rindu family

class pack esoknya
ini semester terakhir,cuba yg terbaik
harapan ibu menggunung,takut nak hampakan

semakin lalai tanggungjawab seorang hamba
hanyut
ini tipikal seorang manusia alpa
harap dapat hidayah dariNYA

malas bicara soal duit
ibarat air,asyik mengalir
ibu abah,terima kasih

malas nak mulakan sesuatu
sebab aku takut akan berakhir


nasib baik hairi mengigau,don pulak berdengkur,aku tak sunyi haha :D

Thursday, May 26, 2011

kami corn (:



kawan alam maya
kau ganjil
aku unik
pianist
colonel
corn
gedaik
bauk
kaptop
percuci muka
kayu
perfume
mata masuk habuk
hari2 borak dgn kau aku boleh jadi gila,hahaha

yg penting kita corn \m/

Saturday, May 21, 2011

keji,jadi tak perlukan tajuk


bengang
aku kalah lagi
dan lagi
dengan mudah
banyak kali aku tersungkur
dengan warna yg satu tu
ini mungkin kerja setan
atau nafsu aku sndiri

banyak kali aku cuba
cuba hindar
gagal
aku cuma tak boleh
lari dari bahana ni

kuatkan iman aku Maha Pengampun

Thursday, May 19, 2011

do it


duit
memang talam dua muka
sekejap buat aku ketawa gembira
kadang kala buat aku hiba
celaka betul

impikan hidup kat dunia tanpa perlukan kertas diberi harimau


Wednesday, May 18, 2011

rindu,kalaulah

gambar dicilok dari tumblr put put.hihi -.-


manusia berubah
aku ingat aku lain,malangnya tak
aku rindu aku yg dulu
aku yg kurang pandai cakap auta
aku yg tak melawan cakap ibu abah
aku yg innocent pasal benda bukan2
aku yg lebih brtimbang rasa
aku yg montel -.-
aku rindu aku 14 tahun dulu

aku rindu sekolah
aku rindu kawan2 melayu,cina india
aku rindu main bola sama2
aku rindu buat bising dalam kelas
aku rindu kena denda tak buat homework
aku rindu cari alasan bila malas pergi sekolah
aku rindu kena potong rmbut dengan cikgu uthaya
aku rindu dapat surat amaran sebab ponteng

aku rindu jumpa ibuabah,abang,along hari2
aku rindu lepak dan buat benda bodoh dengan abang
aku rindu gaduh dgn along
aku rindu tidur dgn abah
aku rindu masakan ibu
aku paling rindu nak pergi bercuti sama2

kalaulah hidup ni bukan hanya sekali saja :')

Sunday, May 15, 2011

semakin ke laut


sekarang 7.57 pagi
aku tak tidur lagi
main mario,mengadap facebook
dua biji telur setengah masak dengan nestum
berapa hari tak tidur malam
aku insomnia mungkin
atau benda lain aku tak pasti
mungkin aku nocturnal
satu spesis sugar glider,bak kata zamir
atau mahu jadi seperti batman
sakit kepala belakang
petanda darah tinggi?
abah baru pergi kerja
harini ibu cuti tak berniaga
tengok cermin rasa menyampah
aku rindu merbok

haa tu kekasih hati yg baru.baru masuk list.aku sangat sangat rindu tidur malam.bai

Tuesday, May 10, 2011

aku rancang ,Allah tentukan




sebelum final lagi aku da tekadkan dalam hati aku nak kerja waktu cuti semester.kerja apa itu tak jadi hal.pendapatan yg penting.sebab banyak benda aku nak beli,banyak benda aku inginkan.aku bukan anak tokey balak,minta saja makbapak semua dapat.usaha kena ada.aku cadang nak kerja tempat lama,itu perancangan.

Sampailah sekarang da tinggal kurang dari sebulan cuti semester nak tamat.aku masih tak kerja,ini Allah tentukan.banyak benda jadi masa cuti smpai tak berkesempatan nak kerja.penyakit malas pun ada juga.aku kena tangguh la benda yg aku nak. Memang aku dpt rancang je,tuhan yg tentukan,maha mengetahui.

mungkin itu yg terbaik :)



permaisuri hatiku,selamanya


Dia ibu aku

Dia awek aku

Dia kawan aku

Dia wonder womanku

Dia lahirkan aku

Dia susukan aku

dia masak asam pedas kegemaranku

Dia bebel bila aku salah

Dia marah bila aku degil

Dia suap makanan bila aku malas

Dia paling risau bila aku sakit

Dia sumber inspirasi

Dia ratu hatiku,tiada galang ganti

Sayang sampai mati

Selamat hari ibu

Memang tiada yg sempurna,tapi dia cukup terbaik untuk aku



p/s:entry lambat?apa ada hal.setiap hari pun ibu kita istemewa.bukan hanya 8may setiap tahun :)



Saturday, April 30, 2011

lagenda


yg ni cerita benar
satu lagenda
pada suatu masa dahulu
seorang pemuda
memandu lori kerjannya
sudah menjadi tunangan si jelita

dia hanya pemuda biasa
memiliki wajah idaman dara
badan tidaklah besar mana
berambut agak pnjang fesyen itu ketika
misai tetap jadi kebanggaannya

semua berubah pada suatu hari
dua sahabat menolak lori
mungkin rosak
gagal sama sekali
kebetulan
dia datang seorang diri
disuruh mereka ke tepi
ditolaknya lori
bergerak ke tepi

sejak itu dia dipanggil badang
oleh rakan2 sekerjanya

ini bukan dongeng
ini LAGENDA


p/s:ini bukan rekaan.kisah da lebih 2otahun.abah masih lagi dipanggil badang oleh rakan2 sekerja kat tempat kerja lama,Utusan Malaysia.ini lagenda,tiada dalam buku cerita :D

Friday, April 29, 2011

HERO


superhero
kau minat batman
ada yg ultraman
dia pulak minat superman
juga ada yg puja kamen rider
tak lupa cicakman -.-
tapi hero pujaan hati aku
BADANG

nak tau siapa badang?tudia yg pakai spek hitam pakai baju belang2.all time favourite hero.dia hanafi hashim aka apit aka badang.ya,abah aku.dan aku juniornya. :)

p/s:next post akan menyusul tentang lagenda badang.sekarang aku malas menulis .nantikan :D


Tuesday, April 26, 2011

kosong




kosong,itu hati aku sekarang
mungkin kau nampak aku ketawa gembira
dalam hati hanya aku yg rasa.

aku jarang menangis
hanya dalam hati,itu byk kali
bukan sebab aku jantan
aku hanya tak suka kesedihan

hanya kawan2 jadi penyeri
dan juga family,itu pasti
terima kasih

hai orang asing
tolong curik hati aku
warnakannya dgn pelangi
agar aku bisa senyum bermakna kembali
agar aku yg sbenar bisa hidup kembali


ps:lama tak berblog.aku tak sehat lately.doakan aku :D

Thursday, April 7, 2011

hey you :)


maaf sebab lambat
bukan tak ingat
post ni khas untuk awak yg comel
TAHNIAH
pelakon filem wanita paling popular :D


p/s:minat kat dia sejak dia jadi kat pengacara program 'woww' kat ntv7 bertahun tahun dulu.senyum je bila ramai yg beria ia minat dia bila dia da terkenal jadi pelakon.

Thursday, March 31, 2011

PHD



manusia
kenapa mesti dengki
orang punya rezeki
masing2 dah diberi
patut syukur pada illahi

bila tak dapat apa yg mahu
mula la main tuju tuju
komplot dgn syaitan durjana
buat org lain merana

kau mesti ingat
hidup ni apa matlamat
jgn ingat kau boleh lepas
mati pasti Tuhan balas

hidup ini
bukan hanya tumpu duniawi
kena selalu ingat yg illahi
jgn tewas godaan syaitan jahanam
agar hidup tak menjunam
insyaALLAH


p/s:lebih baik org yg tak suka kita tunjuk depan2 yg depa tak suka,nak gadoh pon tak kesah.lagi bahaya org yg nmpak baik dpn2 tapi guna ilmu khurafat kenakan kita.

Monday, March 28, 2011

wahai bakal kekasih hatiku sampai mati

wahai bakal kekasihku sampai mati
aku hanya ingin kau tahu
kau takkan kecapi kemewahan
kerana aku bukan jutawan
kau takkan dapat populariti
kerana aku bukan artis
kau kena banyak sabar
sebab aku banyak kerenah
kau kena cekal
sebab aku banyak hal
aku tak romantis
nak berpuitis
aku tak sempurna
aku juga insan biasa
terimalah seadanya


hanya satu yg aku pasti
jika Tuhan takdirkan kau untukku
aku akan sayang kau
seperti nyawa aku
itu bukan janji
tapi pasti,insyaALLAH


p/s:aku ada kerna kau telah tercipta. ;)

TEGUR



ya aku sedar
aku masih muda
ilmu kurang di dada
aku hanya budak hingusan
kadang kala kau bisa mainkan
aku masih remaja
hanya tahu bergembira saja
tapi salahkah aku tegur
kau yang ego

ya aku tahu
kau orang veteran
banyak garam kau dah telan
kau hidup lama
banyak pengalaman kau dah rasa
banyak yg kau tahu
itu aku tak ragu
tapi kau yg aku ingin tegur
salah besar ke tu?

aku bukan nak tunjuk hebat
aku sedar aku bukan malaikat
aku bukan nak menunjuk
aku tahu aku juga selalu minta petunjuk
juga aku bukan nak berlagak pandai
tak mahu jadi seperti kisah tupai

aku bukan benci
aku hanya mahu menegur
ya,aku hanya menegur
aku rasa tak salah kan?

p/s:ingat satu perkara.yg muda tak selalu salah,dan yg tua tak selalunya betol. (:

Friday, March 25, 2011

www.this-is-my-story.com/v/92WZN0P65852

www.this-is-my-story.com/v/92WZN0P65852

aku syukur





flat tingkat 9
kadang kala lif mengada
aku menapak naik tangga
orang bodo,sampah dibuang merata rata
tikus bebas ke sini sana
penjualan dadah semakin berleluasa
rompak dan ragut kes biasa

hanya kembara yg mampu
juga yamaha lagenda baru
tak setanding dgn yg mewah beribu
kadang kala aku malu

merungut dalam hati
marah diri sendiri
kenapa aku hanya dapat yg ini

tiba2 aku tersedar
untungnya aku
masih dapat makan
ada tempat perlindungan
belajar dengan aman

biasalah aku hanya manusia biasa
tak pernah bersyukur dgn apa yg ada
kufur dengan nikmat yg diperoleh dariNYA
kini aku sedar
aku SYUKUR
syukur alhamduliah


p/s:aku sgt bernasib baik dibandingkan dgn nasib kanak2 mangsa perang.aku bersyukur.jika rasa diri paling malang,sentiasa ingat ada yg lagi malang dari kita.sedang dengar lagu 'alhamdulilah'-yasin kolobarasi dengan too phat :)

Thursday, March 24, 2011

SALUTE

MALIQUE IBRAHIM

mamat ni.malique ibrahim aka malique too phat.dulu zaman dengan joe masa too phat,suka merepek meraban dalam english.aku tak paham.aku tak minat.kini dia berevolusi.menulis lirik dan merepek dalam bahasa yg aku faham.bagi aku,dia komposer berbakat.aku semakin minat.aku salute.


p/s:"aku masih hip hop"-kata malique.cuba layan lagu ni,perang dah tamat,senyum,layu.sempoi gila :D

Wednesday, March 23, 2011

PRO


politik.ok,aku memang langsung tak minat.bukan tak nak ambik tahu,cuma pada fikiran aku,politikus kaki temberang.semua berkenaan politik propa.real politic.lakukan apa sahaja untuk menang bertanding pilihanraya.berjuang untuk kepentingan peribadi berbanding kemahuan rakyat.ye aku taw,bukan semua sama.ada juga yang berjuang untuk benda yg betol.tapi jumlah agak sedikit.cara aku,aku lebih memilih politikus berbanding parti.aku yakin pada individu.pendapat aku,bukan semua ahli dalam parti betol,dan bukan semua yang salah.sebab tu bukan parti yg aku pandang.aku pandang individu.

ini cerita semalam.aku ajak abah aku tengok satu video pasai satu politikus ni.pasai propaganda dan penipuan beliau.aku taw abah aku memang pro politikus ni,juga parti yg dia pimpin.tapi aku saja je.memang aku suka debat dengan abah pasai bende ni.mengusik abah..mcm aku cakap,bukan aku minat pon bende ni semua.tapi aku saja cari point nak debat dengan abah.bila habis je video yg terang2 tunjuk penipuan politikus ni,aku gelak sinis.abah pandang tak puas hati.abah cakap video ni tipu,apa yang politikus ni cakap memang cara seorang ahli politik dan mcm2 lagi.abah cuba nak menangkan politikus tu.walaupon aku rasa da nampak sangat la penipuan dia dalam video tu.mula2 aku no comment sambil tersengih.tiba2 plak bole start sesi debat.macam2 la yg kiteorang anak beranak bualkan.memang abah taknak kalah.baru aku taw,mungkin la ini dinamakan PRO.abah aku memang pro politikus tu.terpulang la bahhh.



p/s:kalau orang tengok aku cakap dengan abah nampak macam orang gadoh.tapi itulah cara kami anak beranak.bebas luah pendapat.malam tu,aku tido peluk abah .da lama rasanya tak tido dengan abah.aku memang manja.jadi? :)

Tuesday, March 22, 2011

CARA


biarkan aku dgn cara aku.aku akan biarkan kau dgn cara kau.kita tak boleh paksa orang lain ikut kepala dan cara kita.mungkin cara tu salah.tapi biarlah.kita hidup sentiasa belajar.cara tu yg mnjadikan aku ialah aku,kau adalah kau.sesetengah orang,suka paksa orang lain ikut cara diorang.kepala diorang.kehendak diorang.mungkin diorang tak sedar,cara kita juga identiti kita.pendek kata,kalau aku ikut cara kau,aku cuba jadi kau dan bukan diri sendiri.tak suka bila orang suruh buat sesuatu ikut cara diorang.aku taw apa aku buat.bukan bodoh sombong.aku suka buat ikut kepala sendiri.rasa lebih selesa.setiap orang ada cara masing2 kan?jadi biarlah diorang terjemah apa yg ingin dibuat ikut cara diorang sendiri.ini baru CARA(style).

si A suka gosok gigi guna tangan.biarlah dia dengan cara dia.lagi selesa mungkin.si B suka jalan2 pergi shopping mall pakai selipar jepun.itu cara dia,jangan cuba diubah.mungkin bagi dia,itu paling cara(stlye).dan si C suka menipu,mereka cerita nak bagi org kagum.itu cara dia,biarkan saja.dosa?biar dia jawab dengan Maha Pencipta.dia pilih cara sebegitu,apo nak dikato?


p/s:motif johny depp?aku suka cara dia (: .tringat petikan sahabat,danny-"ini seni aku,kau siapa nak kritik?

UNIK


aku bukan lain,
aku bukan pelik,
aku bukan berbeza,
mahupun berbeda,
aku bukan poyo,
aku bukan besar kepala,
juga tak mahu dengar kata,
aku bukan extraordinary,
aku bukan remarkable,
juga bukan phenomenal.

aku hanya unik
unik dari erti kata aku.definisi aku sendiri.
belajar dan fahami aku kawan,
baru kau kenal aku sebenar yang menawan.






p/s:aku juga hanya insan biasa (:



Monday, March 21, 2011

aku ingin berkata kata kembali (:

lame bebenor rasanye last post aku.bak kata orang tua2,"hangat hangat tahi ayam",masa mula2 berblog punyalah brsemangat.lepas post ketiga tetiba tak ada mood nak bercakap,maksud aku menulis blog.entah kenapa.dan sekarang,di waktu dan saat ini,aku nak bercakap kembali.mengekspresikan apa yang aku rasa.

aku kini pembaca blog tegar je,mungkin membaca blog2 yang aku rasa cool membuatkan aku ingin berblog kembali.aku pembaca setia blog sahabat yms-www.peruksenak.blogspot.com.saudara syeikh don dan ada lagi beberapa blog lain.

hidup banyak berubah sekarang.aku kini penuntut universiti.jurusan undang2 kat uitm.dah nak masuk semester terakhir,semester ketiga.rasa macam baru je semalam melangkah kaki kat bilik b325.sekarang cuti sem.rasa nak kerja.tengoklah esok lusa.



p/s:menulis bukan kerna nama.hanya luah apa yang dirasa.tegur mana yang tak kena :)