BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, March 31, 2011

PHD



manusia
kenapa mesti dengki
orang punya rezeki
masing2 dah diberi
patut syukur pada illahi

bila tak dapat apa yg mahu
mula la main tuju tuju
komplot dgn syaitan durjana
buat org lain merana

kau mesti ingat
hidup ni apa matlamat
jgn ingat kau boleh lepas
mati pasti Tuhan balas

hidup ini
bukan hanya tumpu duniawi
kena selalu ingat yg illahi
jgn tewas godaan syaitan jahanam
agar hidup tak menjunam
insyaALLAH


p/s:lebih baik org yg tak suka kita tunjuk depan2 yg depa tak suka,nak gadoh pon tak kesah.lagi bahaya org yg nmpak baik dpn2 tapi guna ilmu khurafat kenakan kita.

Monday, March 28, 2011

wahai bakal kekasih hatiku sampai mati

wahai bakal kekasihku sampai mati
aku hanya ingin kau tahu
kau takkan kecapi kemewahan
kerana aku bukan jutawan
kau takkan dapat populariti
kerana aku bukan artis
kau kena banyak sabar
sebab aku banyak kerenah
kau kena cekal
sebab aku banyak hal
aku tak romantis
nak berpuitis
aku tak sempurna
aku juga insan biasa
terimalah seadanya


hanya satu yg aku pasti
jika Tuhan takdirkan kau untukku
aku akan sayang kau
seperti nyawa aku
itu bukan janji
tapi pasti,insyaALLAH


p/s:aku ada kerna kau telah tercipta. ;)

TEGUR



ya aku sedar
aku masih muda
ilmu kurang di dada
aku hanya budak hingusan
kadang kala kau bisa mainkan
aku masih remaja
hanya tahu bergembira saja
tapi salahkah aku tegur
kau yang ego

ya aku tahu
kau orang veteran
banyak garam kau dah telan
kau hidup lama
banyak pengalaman kau dah rasa
banyak yg kau tahu
itu aku tak ragu
tapi kau yg aku ingin tegur
salah besar ke tu?

aku bukan nak tunjuk hebat
aku sedar aku bukan malaikat
aku bukan nak menunjuk
aku tahu aku juga selalu minta petunjuk
juga aku bukan nak berlagak pandai
tak mahu jadi seperti kisah tupai

aku bukan benci
aku hanya mahu menegur
ya,aku hanya menegur
aku rasa tak salah kan?

p/s:ingat satu perkara.yg muda tak selalu salah,dan yg tua tak selalunya betol. (:

Friday, March 25, 2011

www.this-is-my-story.com/v/92WZN0P65852

www.this-is-my-story.com/v/92WZN0P65852

aku syukur





flat tingkat 9
kadang kala lif mengada
aku menapak naik tangga
orang bodo,sampah dibuang merata rata
tikus bebas ke sini sana
penjualan dadah semakin berleluasa
rompak dan ragut kes biasa

hanya kembara yg mampu
juga yamaha lagenda baru
tak setanding dgn yg mewah beribu
kadang kala aku malu

merungut dalam hati
marah diri sendiri
kenapa aku hanya dapat yg ini

tiba2 aku tersedar
untungnya aku
masih dapat makan
ada tempat perlindungan
belajar dengan aman

biasalah aku hanya manusia biasa
tak pernah bersyukur dgn apa yg ada
kufur dengan nikmat yg diperoleh dariNYA
kini aku sedar
aku SYUKUR
syukur alhamduliah


p/s:aku sgt bernasib baik dibandingkan dgn nasib kanak2 mangsa perang.aku bersyukur.jika rasa diri paling malang,sentiasa ingat ada yg lagi malang dari kita.sedang dengar lagu 'alhamdulilah'-yasin kolobarasi dengan too phat :)

Thursday, March 24, 2011

SALUTE

MALIQUE IBRAHIM

mamat ni.malique ibrahim aka malique too phat.dulu zaman dengan joe masa too phat,suka merepek meraban dalam english.aku tak paham.aku tak minat.kini dia berevolusi.menulis lirik dan merepek dalam bahasa yg aku faham.bagi aku,dia komposer berbakat.aku semakin minat.aku salute.


p/s:"aku masih hip hop"-kata malique.cuba layan lagu ni,perang dah tamat,senyum,layu.sempoi gila :D

Wednesday, March 23, 2011

PRO


politik.ok,aku memang langsung tak minat.bukan tak nak ambik tahu,cuma pada fikiran aku,politikus kaki temberang.semua berkenaan politik propa.real politic.lakukan apa sahaja untuk menang bertanding pilihanraya.berjuang untuk kepentingan peribadi berbanding kemahuan rakyat.ye aku taw,bukan semua sama.ada juga yang berjuang untuk benda yg betol.tapi jumlah agak sedikit.cara aku,aku lebih memilih politikus berbanding parti.aku yakin pada individu.pendapat aku,bukan semua ahli dalam parti betol,dan bukan semua yang salah.sebab tu bukan parti yg aku pandang.aku pandang individu.

ini cerita semalam.aku ajak abah aku tengok satu video pasai satu politikus ni.pasai propaganda dan penipuan beliau.aku taw abah aku memang pro politikus ni,juga parti yg dia pimpin.tapi aku saja je.memang aku suka debat dengan abah pasai bende ni.mengusik abah..mcm aku cakap,bukan aku minat pon bende ni semua.tapi aku saja cari point nak debat dengan abah.bila habis je video yg terang2 tunjuk penipuan politikus ni,aku gelak sinis.abah pandang tak puas hati.abah cakap video ni tipu,apa yang politikus ni cakap memang cara seorang ahli politik dan mcm2 lagi.abah cuba nak menangkan politikus tu.walaupon aku rasa da nampak sangat la penipuan dia dalam video tu.mula2 aku no comment sambil tersengih.tiba2 plak bole start sesi debat.macam2 la yg kiteorang anak beranak bualkan.memang abah taknak kalah.baru aku taw,mungkin la ini dinamakan PRO.abah aku memang pro politikus tu.terpulang la bahhh.



p/s:kalau orang tengok aku cakap dengan abah nampak macam orang gadoh.tapi itulah cara kami anak beranak.bebas luah pendapat.malam tu,aku tido peluk abah .da lama rasanya tak tido dengan abah.aku memang manja.jadi? :)

Tuesday, March 22, 2011

CARA


biarkan aku dgn cara aku.aku akan biarkan kau dgn cara kau.kita tak boleh paksa orang lain ikut kepala dan cara kita.mungkin cara tu salah.tapi biarlah.kita hidup sentiasa belajar.cara tu yg mnjadikan aku ialah aku,kau adalah kau.sesetengah orang,suka paksa orang lain ikut cara diorang.kepala diorang.kehendak diorang.mungkin diorang tak sedar,cara kita juga identiti kita.pendek kata,kalau aku ikut cara kau,aku cuba jadi kau dan bukan diri sendiri.tak suka bila orang suruh buat sesuatu ikut cara diorang.aku taw apa aku buat.bukan bodoh sombong.aku suka buat ikut kepala sendiri.rasa lebih selesa.setiap orang ada cara masing2 kan?jadi biarlah diorang terjemah apa yg ingin dibuat ikut cara diorang sendiri.ini baru CARA(style).

si A suka gosok gigi guna tangan.biarlah dia dengan cara dia.lagi selesa mungkin.si B suka jalan2 pergi shopping mall pakai selipar jepun.itu cara dia,jangan cuba diubah.mungkin bagi dia,itu paling cara(stlye).dan si C suka menipu,mereka cerita nak bagi org kagum.itu cara dia,biarkan saja.dosa?biar dia jawab dengan Maha Pencipta.dia pilih cara sebegitu,apo nak dikato?


p/s:motif johny depp?aku suka cara dia (: .tringat petikan sahabat,danny-"ini seni aku,kau siapa nak kritik?

UNIK


aku bukan lain,
aku bukan pelik,
aku bukan berbeza,
mahupun berbeda,
aku bukan poyo,
aku bukan besar kepala,
juga tak mahu dengar kata,
aku bukan extraordinary,
aku bukan remarkable,
juga bukan phenomenal.

aku hanya unik
unik dari erti kata aku.definisi aku sendiri.
belajar dan fahami aku kawan,
baru kau kenal aku sebenar yang menawan.






p/s:aku juga hanya insan biasa (:



Monday, March 21, 2011

aku ingin berkata kata kembali (:

lame bebenor rasanye last post aku.bak kata orang tua2,"hangat hangat tahi ayam",masa mula2 berblog punyalah brsemangat.lepas post ketiga tetiba tak ada mood nak bercakap,maksud aku menulis blog.entah kenapa.dan sekarang,di waktu dan saat ini,aku nak bercakap kembali.mengekspresikan apa yang aku rasa.

aku kini pembaca blog tegar je,mungkin membaca blog2 yang aku rasa cool membuatkan aku ingin berblog kembali.aku pembaca setia blog sahabat yms-www.peruksenak.blogspot.com.saudara syeikh don dan ada lagi beberapa blog lain.

hidup banyak berubah sekarang.aku kini penuntut universiti.jurusan undang2 kat uitm.dah nak masuk semester terakhir,semester ketiga.rasa macam baru je semalam melangkah kaki kat bilik b325.sekarang cuti sem.rasa nak kerja.tengoklah esok lusa.



p/s:menulis bukan kerna nama.hanya luah apa yang dirasa.tegur mana yang tak kena :)