BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, March 23, 2011

PRO


politik.ok,aku memang langsung tak minat.bukan tak nak ambik tahu,cuma pada fikiran aku,politikus kaki temberang.semua berkenaan politik propa.real politic.lakukan apa sahaja untuk menang bertanding pilihanraya.berjuang untuk kepentingan peribadi berbanding kemahuan rakyat.ye aku taw,bukan semua sama.ada juga yang berjuang untuk benda yg betol.tapi jumlah agak sedikit.cara aku,aku lebih memilih politikus berbanding parti.aku yakin pada individu.pendapat aku,bukan semua ahli dalam parti betol,dan bukan semua yang salah.sebab tu bukan parti yg aku pandang.aku pandang individu.

ini cerita semalam.aku ajak abah aku tengok satu video pasai satu politikus ni.pasai propaganda dan penipuan beliau.aku taw abah aku memang pro politikus ni,juga parti yg dia pimpin.tapi aku saja je.memang aku suka debat dengan abah pasai bende ni.mengusik abah..mcm aku cakap,bukan aku minat pon bende ni semua.tapi aku saja cari point nak debat dengan abah.bila habis je video yg terang2 tunjuk penipuan politikus ni,aku gelak sinis.abah pandang tak puas hati.abah cakap video ni tipu,apa yang politikus ni cakap memang cara seorang ahli politik dan mcm2 lagi.abah cuba nak menangkan politikus tu.walaupon aku rasa da nampak sangat la penipuan dia dalam video tu.mula2 aku no comment sambil tersengih.tiba2 plak bole start sesi debat.macam2 la yg kiteorang anak beranak bualkan.memang abah taknak kalah.baru aku taw,mungkin la ini dinamakan PRO.abah aku memang pro politikus tu.terpulang la bahhh.



p/s:kalau orang tengok aku cakap dengan abah nampak macam orang gadoh.tapi itulah cara kami anak beranak.bebas luah pendapat.malam tu,aku tido peluk abah .da lama rasanya tak tido dengan abah.aku memang manja.jadi? :)

0 kritikan membina: