BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, March 28, 2011

TEGUR



ya aku sedar
aku masih muda
ilmu kurang di dada
aku hanya budak hingusan
kadang kala kau bisa mainkan
aku masih remaja
hanya tahu bergembira saja
tapi salahkah aku tegur
kau yang ego

ya aku tahu
kau orang veteran
banyak garam kau dah telan
kau hidup lama
banyak pengalaman kau dah rasa
banyak yg kau tahu
itu aku tak ragu
tapi kau yg aku ingin tegur
salah besar ke tu?

aku bukan nak tunjuk hebat
aku sedar aku bukan malaikat
aku bukan nak menunjuk
aku tahu aku juga selalu minta petunjuk
juga aku bukan nak berlagak pandai
tak mahu jadi seperti kisah tupai

aku bukan benci
aku hanya mahu menegur
ya,aku hanya menegur
aku rasa tak salah kan?

p/s:ingat satu perkara.yg muda tak selalu salah,dan yg tua tak selalunya betol. (:

0 kritikan membina: