BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, May 26, 2011

kami corn (:



kawan alam maya
kau ganjil
aku unik
pianist
colonel
corn
gedaik
bauk
kaptop
percuci muka
kayu
perfume
mata masuk habuk
hari2 borak dgn kau aku boleh jadi gila,hahaha

yg penting kita corn \m/

Saturday, May 21, 2011

keji,jadi tak perlukan tajuk


bengang
aku kalah lagi
dan lagi
dengan mudah
banyak kali aku tersungkur
dengan warna yg satu tu
ini mungkin kerja setan
atau nafsu aku sndiri

banyak kali aku cuba
cuba hindar
gagal
aku cuma tak boleh
lari dari bahana ni

kuatkan iman aku Maha Pengampun

Thursday, May 19, 2011

do it


duit
memang talam dua muka
sekejap buat aku ketawa gembira
kadang kala buat aku hiba
celaka betul

impikan hidup kat dunia tanpa perlukan kertas diberi harimau


Wednesday, May 18, 2011

rindu,kalaulah

gambar dicilok dari tumblr put put.hihi -.-


manusia berubah
aku ingat aku lain,malangnya tak
aku rindu aku yg dulu
aku yg kurang pandai cakap auta
aku yg tak melawan cakap ibu abah
aku yg innocent pasal benda bukan2
aku yg lebih brtimbang rasa
aku yg montel -.-
aku rindu aku 14 tahun dulu

aku rindu sekolah
aku rindu kawan2 melayu,cina india
aku rindu main bola sama2
aku rindu buat bising dalam kelas
aku rindu kena denda tak buat homework
aku rindu cari alasan bila malas pergi sekolah
aku rindu kena potong rmbut dengan cikgu uthaya
aku rindu dapat surat amaran sebab ponteng

aku rindu jumpa ibuabah,abang,along hari2
aku rindu lepak dan buat benda bodoh dengan abang
aku rindu gaduh dgn along
aku rindu tidur dgn abah
aku rindu masakan ibu
aku paling rindu nak pergi bercuti sama2

kalaulah hidup ni bukan hanya sekali saja :')

Sunday, May 15, 2011

semakin ke laut


sekarang 7.57 pagi
aku tak tidur lagi
main mario,mengadap facebook
dua biji telur setengah masak dengan nestum
berapa hari tak tidur malam
aku insomnia mungkin
atau benda lain aku tak pasti
mungkin aku nocturnal
satu spesis sugar glider,bak kata zamir
atau mahu jadi seperti batman
sakit kepala belakang
petanda darah tinggi?
abah baru pergi kerja
harini ibu cuti tak berniaga
tengok cermin rasa menyampah
aku rindu merbok

haa tu kekasih hati yg baru.baru masuk list.aku sangat sangat rindu tidur malam.bai

Tuesday, May 10, 2011

aku rancang ,Allah tentukan




sebelum final lagi aku da tekadkan dalam hati aku nak kerja waktu cuti semester.kerja apa itu tak jadi hal.pendapatan yg penting.sebab banyak benda aku nak beli,banyak benda aku inginkan.aku bukan anak tokey balak,minta saja makbapak semua dapat.usaha kena ada.aku cadang nak kerja tempat lama,itu perancangan.

Sampailah sekarang da tinggal kurang dari sebulan cuti semester nak tamat.aku masih tak kerja,ini Allah tentukan.banyak benda jadi masa cuti smpai tak berkesempatan nak kerja.penyakit malas pun ada juga.aku kena tangguh la benda yg aku nak. Memang aku dpt rancang je,tuhan yg tentukan,maha mengetahui.

mungkin itu yg terbaik :)



permaisuri hatiku,selamanya


Dia ibu aku

Dia awek aku

Dia kawan aku

Dia wonder womanku

Dia lahirkan aku

Dia susukan aku

dia masak asam pedas kegemaranku

Dia bebel bila aku salah

Dia marah bila aku degil

Dia suap makanan bila aku malas

Dia paling risau bila aku sakit

Dia sumber inspirasi

Dia ratu hatiku,tiada galang ganti

Sayang sampai mati

Selamat hari ibu

Memang tiada yg sempurna,tapi dia cukup terbaik untuk aku



p/s:entry lambat?apa ada hal.setiap hari pun ibu kita istemewa.bukan hanya 8may setiap tahun :)